Tahukah anda badan kita mula melakukan proses detoksifikasi seawal jam 9 malam. Detoksifikasi bermaksud proses pembuangan bahan – bahan toksik melalui organ – organ badan, terutamanya hati. 

Kronologi proses detoksifikasi dalam badan kita:

9 mlm – 11 mlm > masa proses detoksifikasi terbaik untuk menyingkirkan bahan – bahan yang tak penting dalam badan oleh sistem antibodi (bahagian limfa). Masa untuk berehat dari melakukan kerja – kerja berat kerana akan mengganggu proses detoksifikasi.

11 mlm – 1 pg > Proses detoksifikasi di bahagian hati.

1 pg – 3 pg > Proses detoksifikasi di bahagian hempedu.

3 pg – 5 pg > Proses detoksifikasi di bahagian paru – paru untuk bersihkan pernafasan. Kadang – kadang ada orang terbatuk masa proses ni.

5 pg – 7 pg> Proses detoksifikasi di bahagian usus besar. Seeloknya buang isi perut masa ni. Kalau tak rasa nak membuang, paksa gak.

7 pg – 9 pg > Penyerapan nutrien di kawasan usus. Perlu sarapan masa ni. Jangan tak sarapan langsung. Kalau kurang sihat atau sakit, sarapan sebelum 6.30 pagi. Seperti waktu makan sahur.

Kalau nak cergas dan cerdas, sarapan sebelum 7.30 pagi. Sarapan sangat penting. Sebab tu ada pepatah, makan macam raja waktu pagi. Sebab badan perlukan tenaga waktu pagi untuk beraktiviti sepanjang hari.

Kalau  sayangkan badan, pergi lah tidur awal. Badan ni nak pakai lama. Rugi kalau dah sakit masa muda.

Info:  Dari jam 12 tengah malam hingga 4 pagi, masa untuk tulang sum – sum menghasilkan darah.

via: body-detox-timetable

Comments are closed.